Avira AntiVir PersonalEdition Classic adalah perisian anti-virus percuma yang paling bagus setakat ni (2nd: Avast, 3rd: AVG Free). Seperti anti-virus lain, Avira ni kena update selalu untuk memastikan ia kenal virus dan malware yang terbaru. Tapi sesetengah dari kita tak ada kemudahan Internet kat rumah / bilik. Ikut cara kat bawah ni untuk ambil update dari Internet (Cyber Cafe, contohnya) dan update Avira kat PC korang tu.
1-Pergi ke laman web: http://www.avira.com/en/support/vdf_update.html untuk download update bagi Avira AntiVir Personal Edition Classic.
2-Perhatikan ada dua jenis update kat laman web tu. Pilih IVDF (Unicode).

3-Dalam Internet Explorer, File Download message box akan keluar. Klik Save dan letak kat mana korang nak. Tunggu sampai download siap.

4-Buka Avira AntiVir Personal Edition Classic dan pergi ke menu Update Manual.

5-Pilih fail yang korang dah download tadi. Proses update akan bermula. Siap! Cara-cara update antivirus yang lain:
Cara-cara Nak Update AVG Free Secara Manual
Cara-cara Nak Update Avast! Secara Manual Entri lain
No comments:
Post a Comment