Sign up for PayPal and start accepting credit card payments instantly.


Sunday, March 1, 2009

Apa Itu Driver?

Setelah anda format komputer anda dan install Windows, perkara pertama yang perlu anda lakukan adalah memasang driver. Driver ini diperlukan oleh komponen hardware yang berada di dalam komputer, contohnya graphic card dan sound card.Tanpa driver, anda akan dapati komputer anda tak dapat berfungsi dengan sepenuhnya.

Contohnya, tanpa driver untuk sound card, sistem audio takkan berfungsi dan menyebabkan komputer anda tidak dapat mengeluarkan sebarang bunyi atau memainkan mp3.Selalunya apabila anda beli barang-barang komputer, pekedai akan membekalkan anda dengan CD driver. CD inilah yang sepatutnya anda simpan elok-elok, mana tahu anda perlukannya esok hari. Kalau anda tiada CD ini (hilang atau sebagainya), anda masih boleh cari driver anda di Internet.Jangan lupa backup semua driver yang sedia ada dalam komputer anda, sebagai langkah berjaga-jaga. Driver yang anda telah backup ini sangat berguna sekiranya anda perlu format kembali komputer.

Entri lain yang mungkin berkaitan:

-Cari Nama Driver Menggunakan Everest
-Cari Nama Driver Dengan PC Wizard
-Bagaimana Nak Cari Driver Di Internet
-Backup Kesemua Driver Anda Dengan DriverMax

Perisian


Dapatkan Data Yang Telah Hilang Dengan PC Inspector File Recovery
<http://sembangkomputer.com/dapatkan-data-hilang-pci-recovery/>

PC Inspector File Recovery adalah sebuah perisian percuma yang bagus untuk mendapatkan kembali fail-fail yang telah hilang. Sama ada fail tersebut telah anda delete, ataupun fail yang hilang dari partition yang anda format, anda boleh mendapatkannya. Berikut saya akan terangkan cara-cara menggunakan PC Inspector File Recovery.
Tags: Hard Disk, PCI Recovery, recovery

Tak Dapat Nak Uninstall Antivirus AVG, Kaspersky, dan Norton?

Sesetengah syarikat pengeluar antivirus menyediakan utiliti khas untuk membuang perisian antivirus mereka. Saya pun hairan, mengapa harus buat utiliti yang khas untuk tujuan ini, fungsi uninstall yang sedia ada tak cukup bagus ke?Walau bagaimanapun, jika anda mempunyai masalah dalam membuang satu-satu antivirus, anda boleh gunakan utiliti yang telah disediakan ini. Berikut adalah tiga antivirus yang [...]
Tags: antivirus, AVG, Kaspersky, Norton, uninstall

Download Video Dari YouTube Dengan Free Download Manager

Terdapat banyak laman web yang membolehkan anda download video dari YouTube, dan kegemaran saya adalah KeepVid. Biasanya saya akan copy link yang diberi oleh KeepVid dan gunakan Free Download Manager untuk download video tersebut dengan pantas.Namun dengan versi Free Download Mangager yang terbaru, saya tak perlu lagi bersusah-payah menggunakan KeepVid. Ini kerana Free Download [...]
Tags: Free Download Manager, YouTube

Lajukan Download Dengan Free Download Manager

Download accelerator adalah jenis software yang berfungsi untuk mempercepatkan download anda. Biasanya software seperti ini akan memecahkan fail kepada beberapa bahagian dan download kesemua bahagian tersebut sekaligus. Download accelerator juga biasanya membenarkan anda menyambung download walaupun setelah anda restart komputer, sambungan Internet terputus, dan sebagainya.Download accelerator kegemaran saya adalah Free Download Manager. Seperti namanya, [...]
Tags: Free Download Manager
<http://sembangkomputer.com/tag/free-download-manager/>

Cari Nama Driver Menggunakan Everest

EVEREST Home Edition adalah software yang boleh mengenalpasti nama driver. Hanya buka sahaja EVEREST, dan ia akan mengumpul maklumat tentang semua komponen hardware dalam komputer anda. Dengan maklumat ini, senanglah jika anda nak cari driver tersebut di Internet.Bagi mendapatkan senarai ringkas tentang hardware utama, klik pada Computer > Summary. Biasanya hardware yang paling penting [...]
Tags: driver, everest

xNeat Windows Manager: Uruskan Desktop Anda

xNeat Windows Manager adalah aplikasi yang boleh menambah pelbagai fungsi kepada desktop. Dengan XNeat, anda boleh sorok mana-mana program yang berjalan dalam komputer, ataupun letakkannya di system tray. Anda juga boleh jadikan satu-satu program separa lutsinar, macam Winamp.Setelah install XNeat Windows Manager, anda boleh gunakannya terus dengan right-click pada mana-mana program di taskbar. Anda [...]
Tags: desktop, XNeat Windows Manager

Cari Segalanya Dengan Everything

Biasanya jika kita ingin mencari satu-satu fail dalam komputer, kita akan menggunakan fungsi Search dalam Windows dengan menekan Ctrl + F. Maka keluarlah karakter animasi anjing yang akan membantu kita untuk mencari fail. Fungsi Search dalam Windows XP ini adalah sangat lambat, dan tidak cekap untuk membantu urusan harian anda. Lagipun karakter anjing itu [...]Tags: cari, everything, fail, folder, produktiviti

Hibernate, Dan Biarkan PC Anda Tidur

Ini satu fakta: saya tak pernah Shut Down PC saya. Ops, adakah itu bermakna PC saya terpasang 24 jam tanpa henti? Tidak sama sekali! Kalau saya biarkan ia terpasang saja sepanjang hari, dah tentu saya akan menyumbang kepada pembaziran elektrik. Dan membazir itu amalan syaitan, tak elok ^^
Saya tak Shut Down, tapi saya letakkan PC saya dalam mod Hibernate.


Apakah kelebihan Hibernate?

Katakan anda buka pelbagai aplikasi dalam Windows; contohnya Microsoft Word, Firefox, Adobe Photoshop dan sebagainya. Dan anda tidak save lagi dokumen-dokumen dalam semua aplikasi tersebut. Apabila anda Hibernate komputer anda, ia akan terpadam, dan anda boleh menanggalkan plag eletrik. ON kan kembali PC anda, semua aplikasi tersebut masih terbuka, bersama semua dokumen yang anda belum save lagi tadi! Mudah kan. Proses ON kan semula PC juga lebih cepat jika anda Hibernate, berbanding dengan Shut Down.

Bagaimana Hibernate berfungsi?

Dalam keadaan Hibernate, Windows akan terlebih dahulu menyimpan segala data anda ke dalam Hard Disk. Data ini kekal walaupun plag elektrik komputer ditanggalkan. Sebab itulah apabila anda ON kan semula PC, data tersebut masih ada. Berbeza dari mod Stand By, komputer hanya meletakkan data tersebut dalam RAM, dan data ini akan hilang sekiranya anda memutuskan bekalan elektrik.

Bagaimana Nak Hibernate PC?

Klik Start Menu > Turn Off Computer. Pada paparan window yang keluar, tekan Shift dan butang Stand By akan bertukar kepada Hibernate.Anda juga boleh menetapkan butang Sleep pada keyboard anda (saya sendiri menggunakan cara ini). Ikuti langkah-langkah inidalam Windows XP:

-Right-click pada Desktop dan pilih Properties.
-Pada Display Properties, pilih tab Screen Saver.
-Pada bahagian Monitor Power, klik pada butang Power.
-Pada Power Options Properties, perhatikan bahagian Power buttons.
-Pada pilihan “When I press the sleep button on my computer:”, pilih Hibernate
dari drop-down menu tersebut. Klik pada butang OK.

Nota: Terdapat beberapa pendapat yang mengatakan fungsi Hibernate ini tak elok untuk PC. Sebenarnya, semua yang berjalan dalam PC anda pun akan memendekkan jangka hayat Hard Disk, bukan Hibernate je. Jadi terpulang kepada anda samada nak guna fungsi Hibernate ni atau tidak. Dahulu, saya kerap menggunakannya kerana PC saya dipasang 24 jam, jadi fungsi Hibernate ni membantu menjimatkan elektrik dan mempercepatkan proses ON komputer. Tapi oleh kerana sekarang ni saya dah bekerja, dan hanya menggunakan PC di rumah tu pada waktu malam, saya Shut Down macam biasa je la.

Tak Boleh Double-Click Pada Hard Disk

Soalan:

Mengapa saya tak boleh double-click pada partition dalam komputer? Contohnya, bila saya nak buka partition C, akan keluar dialog “Open With”. Saya dah scan komputer dengan antivirus, tapi masih takde hasil. Bagaimana saya nak betulkan semula masalah ni?

Penerangan:

Masalah ini biasanya berlaku setelah jangkitan virus. Virus biasanya akan datang bersama fail autorun.inf yang berfungsi untuk melancarkan virus tersebut apabila anda double-click pada partition. Apabila anda scan komputer dengan antivirus, ia akan membuang virus ini. Namun sesetengah antivirus tidak membuang fail autorun.inf, dan membiarkan ia tertinggal di dalam partition. Sebab itulah anda tak boleh double-click pada partition anda walaupun setelah virus dibuang.

Penyelesaian:

Terlebih dahulu, pastikan virus di dalam komputer anda telah dibuang. Gunakan perisian antivirus seperti Avira. Pada Windows Explorer, pergi kepada menu Tools > Folder Options. Pada tab View, pastikan: Pilihan berada pada “Show hidden files and folders” Kotak “Hide protected operating system files (Recommended)” dikosongkan Buka partition yang bermasalah tersebut, dan buang fail autorun.inf Restart komputer

Entri lain yang mungkin berkaitan:

-WinDirStat – Gambaran Visual Hard Disk Anda
-Ketahui Apa Yang Memakan Ruang Hard Disk Anda Dengan Disktective
-Install Windows XP Pada Hard Disk SATA
-GParted: Buat Partition Pada Hard Disk
-Disk Heal: Baiki PC Anda Setelah Terkena Virus

Ketahui Apa Yang Memakan Ruang Hard Disk Anda Dengan Disktective

Saya baru sahaja mendapat mesej “Low Disk Space” dari Windows yang menyatakan ruang pada Local Disk (C:) saya hampir penuh. Ini membuatkan saya tertanya, fail apa yang besar sangat sampai nak penuh partition saya ni?Anda juga pastinya pernah mengalami situasi yang sama. Bagi membantu anda mengenalpasti fail-fail manakah yang banyak menggunakan ruang pada partition anda, gunakan Disktective.Disktective boleh memaparkan saiz bagi direktori-direktori dalam partition anda, dalam bentuk byte mahupun dalam peratus. Informasi ini dipaparkan dalam bentuk carta pai agar dapat memudahkan anda.
Download Disktective di sini.